yesterday while having a conversation with Zaid---we were wondering----what's the diff between ROCK KAPAK and ROCK KANGKANG? Is it in the posing while performing? KAPAK tu sebab bentuk gitar ke?
Siapa siapa yang tahu the origin dan definasi sebenar antara KAPAK dan KANGKANG, tolong perjelaskan!!!
Siapa siapa yang tahu the origin dan definasi sebenar antara KAPAK dan KANGKANG, tolong perjelaskan!!!
4 Comments:
entahler aku pun tak tahu...yang mungkin boleh jelaskan aruah LOLOQ jer...al-fatihah buat beliau...
Betul tu... kena tanya Loloq. Tapi kalau ikut 'mazhab rock' kat kampung aku dulu, ada kisah tersendiri pasal rock kapak & kangkang ni.
ROCK KAPAK juga bererti ROCK BELIUNG, ROCK PARANG atau ROCK BESI iaitu merujuk kepada fesyen. Ketika itu para rockers gemar mengenakan fesyen berciri kelogaman yang agak ekstrim, misalnya talipinggang peluru atau rantai, jaket duri/berantai, kasut but duri/berantai, kepala talipinggang besar pelbagai bentuk yang diperbuat dari logam. Itu belum kira rantai, gelang atau apa jua aksesori yang tergolong dalam kategori 'logam berat' atau 'rare-earth metal'. Ibarat siri Aktanida dan Laktanida dalam Jadual Berkala moden. Sila buka buku kimia SPM untuk rujukan lanjut.
Maksud ROCK KANGKANG pula lebih difokuskan kepada gaya persembahan seseorang rocker. Lazimnya, penganut mazhab ROCK KANGKANG gemar memasang 'kuda-kuda' gaya kangkang tatkala membuat persembahan tak kira vokalis atau guitaris. Drummer dah confirm kangkang sebab susah mau main dram kalau duduk terkepit-kepit macam anak dara pingitan.
Mungkin takrifan ni tak tepat sama sekali. Tapi sekadar kongsi cerita lama pada zaman 'baru akil baligh'. Adios
rock kapak tu glam rock... pakai pelik pelik...
rock kangkang sebab gitaris sama vokalist asyik terkangkang.. kot le..
Post a Comment
<< Home