PASAL BELANTARA 3 ORANG
Ada terbaca komen di dalam forum cari.com. Kerana ada yang bertanya -- "Kenapa ahli kumpulan Belantara 3 orang??" Pada asal penubuhan sewaktu di kolej dulu ahli kumpulan Belantara adalah 4 orang, vokal, 2 gitaris dan bass. Seorang gitaris menarik diri sebelum rakaman album pertama. Keadaan juga memaksa kami tanpa drummer yang tetap kerana pada waktu itu sukar -- tambahan pula ahli kumpulan di luar negara; berkumpul hanyalah semasa merakamkan album. Pre production untuk album ialah -- menggunakan 4-track Tascam menulis lagu-lagu dalam bentuk demo (drum parts programmed). Dengan keadaan ini lebih selesa mengunakan khidmat sessionist untuk drum kerana arrangement dan part lagu telah siap dlm demo tape dan pemain drum hanya perlu mengikut apa yang di tulis -- tanpa membazir masa di studio. (Belantara menyiapkan rakaman album dalam masa 14 hari, paling lama 18 hari semasa album pertama). Kecuali piano,keyboards dan sebahagian daripada gitar akustik --- yang lainnya di lakukan oleh ahli Belantara sendiri.
Berbeza dengan kumpulan rock yang lain kerana mereka sememangnya performing band yang berkerja dengan bermain musik di kelab-kelab -- amat perlu untuk ada full line-up.
Belantara lebih menumpu kepada penulisan musik atau ekspresi artistik yang di salurkan melalui pembikinan album, medium yang mengenengahkan ide dan nilai seni dan berkomunikasi dengan pendengar musik kami. Dan kami rasa kami berjaya dan berpuas hati setakat ini setelah di nilai melalui feedback dari peminat yang begitu meminati musik kami. Kesemua lagu-lagu di dalam album Belantara di tulis oleh ahli-ahli kumpulan sendiri.
Jika kami perlu untuk membuat persembahan secara live, maka kekosongan ahli musik itu akan di penuhi mengikut keperluan keadaan (dari segi arrangement musik dan set yang hendak di persembahkan) -- tetapi mereka bukanlah sebagai ahli tetap (buat masa ini).

0 Comments:
Post a Comment
<< Home